Sunday, June 26, 2011

Cinta : Antara Nafsu Dan Fitrah

Bismillah~.

Hari ini nak bercerita tentang alam percintaan. Setiap orang ada pendapat yang berbeza fasal percintaan ni. Ada yang kata kalau tak bercinta masa muda adalah satu kerugian. Ye ke? Mungkin orang yang bercinta tu tak dapat rasa bahagianya bercinta tapi adakah orang yang bercinta tu dapat rasa bahagianya seseorang itu bila dia tidak bercinta. semua orang ada persepektif yang berbeza yang kalau dihujahkan mana lebih baik bercinta atau tidak, mesti tak jumpa jalan keluar. Sebab bahagia tu dia orang sendiri yang rasa.

Apa yang aku nak ketengahkan kat sini, hari ini adalah tentang manusia sekarang yang kalau bercinta macam terover la pula. Nak juga berpimpin tangan la bagai kalau bercinta tu. Nak la juga berpeluk sakan kalau bercinta tu.  Bercinta tu bukan tiket untuk usung anak dara/teruna orang ke hulu-hilir la wei. Bukan pas untuk kau sentuh mentuh tacing la bagai. Benda tu yang lead kepada perbuatan zina yang dah jatuh hukum haram kat situ. Kalau zina hati je dah berdosa inikan pula zina yang sudah terang lagikan bertorchlight macam tu.



Manusia tu memang la dilahirkan dengan perasaan ingin sayang disayangi, tapi tunggu masa yang sesuai la baby. Tak kan la sebelum kahwin dah free je bagi pegang-pegang, kena tinggal karang rugi je. Kalau bab macam ni, ni namanya nafsu. Kalau bercinta cara matang itu nama dia fitrah. Jatuhnya haram bercinta ni sebab benda pegang-pegang tu la, kalau kau orang buat lepak sampai tak ada orang sedar pun kau orang bercinta tu nama dia matang. Tu nama dia cinta yang berjaya.


Lagi satu, orang kata cinta tu mematangkan kita. Tapi bagi pendapat aku la, cinta tu sendiri dah perlukan kematangan kalau tak mesti asyik gaduh semedang sampai orang tengok pun boring. Kalau banyak kali gaduh pun hilang la manis bercinta tu. Cuba try jadi rasional, Insya-Allah, orang tengok pun layan~.

Dah tu je la cerita hari ni. Semoga kau orang dapat apa yang aku cuba nak sampaikan. Aku pun tak sempurna, kita sama-sama belajar. Yang penting professional masa bercinta. Jujur. Sebab percintaan ni sebenarnya perlukan satu commitment yang tinggi. Fikir la banyak kali sebelum becinta sebab bercinta ni sepanjang hayat sebenarnya. Cari orang yang kita boleh jadikan macam kawan. Yang boleh terima kita seadanya. Dan lagi best kalau dapat bercinta dengan orang yang betul-betul sayangkan kita.Yang boleh bimbing kita ke jalan yang lebih baik daripada apa adanya kita, bukan ubah kita cuma bawa kita.

Nota kaki : Purata hidup manusia adalah 80 tahun. Lebih kurang umur kau 24, kau dah boleh cari pasangan yang sejati. cari pasangan yang kau boleh hidup , menghadap muka dia hari-hari selama kurang lebih 56 tahun. Ada beran?

1 comment:

  1. woh~oh~oh...ke-matured-an anda men-ter-kagumkan saya la..HAHA XD

    ReplyDelete