Saturday, July 30, 2011

Happy Birthday, Mama~

Post ini khas di dedikasikan buat Pn. Sarimah Bt Shamsuddin. Wanita yang paling aku sayang dalam hidup aku walaupun aku jarang tunjuk pada Mama yang aku memang terlalu sayangkan dia. Terlalu, ya~.

Esok, hari jadi Mama. Aku tak tahu nak bagi Mama hadiah apa. Maybe la aku nak kasi Mama kain yang Mama teringin sesangat nak tu... atau aku belikan Mama tudung aje memandangkdan duit dalam poket aku pun tinggal RM25 aje...

Tapi tadi Mama terjatuh kat tem[at kerja dia, pinggang dengan lutut dia terhentak. Semua salah manusia yang tak guna tu. Dah berapa kali cakap suruh tukar paip air tu sebab dia bocor, tapi dia tak tukar-tukar juga. Orang tu memang nak kena dengan aku. Tadi Mama cakap sesuatu yang aku sangat takut akan berlaku. Terlalu takut. I won't mention it 'ere but I hope that you'll understand.

Aku tak boleh hadapi tu semua, sungguh dalam keadaan aku nak SPM ni, dalam keadaan ayah selalu back-up along ni... dalam keadaan aku selalu tension-tension ni... aku tak boleh hadapi benda-benda kebarangkalian tu semua lagi.

Harapan aku, aku harap mama dapat tengok aku pakai jubah konvo tu, dapat tengok aku pegang ijazah Bachelor of Aircraft Maintenance Technology tu, dapat rasa gaji pertama aku, dapat uruskan perkahwinan aku, all that sampai satu tahap aku rasa biarlah aku yang 'pergi' dulu. Entah... mungkin aku terlalu takut. Tapi aku memang takut.

Bukan niat aku nak pancing readers ke apa, tak... ini rasa hati... aku takut, aku tak nak benda-benda buruk tu berlaku. Aku tahu Allah tu lebih mengetahui... tapi aku pun tahu Allah pun sayang aku dan faham aku... Semoga Allah kabulkan permintaan aku. Insya-Allah.

Untuk Mama~
*Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.
*Happy-happy selalu
*Awet muda selalu
*Sayang mama forever after.
*May all your wishes comes true , Insya-Allah.
*May Allah bless you in all way.

Nota kaki: Damn! it's hurt~

1 comment:

  1. Allah memang akan selalu menguji di saat kita rasa kita cuma nak hidup tenang dan jalani Exam 'besar' dengan mudah., tp sbnrnya, Dia cuma nak kita lebih 'dekat' dengan Dia..

    wish all the best 4 u dik!..

    ReplyDelete