Babak Kelapan
Edmund melangkah turun dari Mercedes F400 nya menuju ke bangunan Telco And Post. Dia melewati deretan bangunan itu dan berhenti di hujung sekali. Memerhati retak-retak dinding yang mula jelas. ‘Dah uzur dah...’ Hatinya berdetak sendiri. Dia menoleh ke atas memerhati kalau-kalau ada retakan yang berlaku di bahagian atas pula. Memang nampak sangat. Bahaya betul, bila-bila masa aje boleh runtuh bangunan ni kalau macam ni la struktur dia sekarang.
Segalanya diamati dengan teliti, Apple ditarik keluar dari poket seluar. Mengambil gambar mana yang patut untuk dibuat pembaharuan nanti. Untuk dibega nanti. Tiba-tiba bahunya berlanggar seseorang. Seseorang yang baru sahaja turun dari tingkat atas bangunan itu. Hampir tergelincir Apple itu dari tangannya.
“Ho, nasib baik!” Apple berwarna hijau terang itu dipegang kemas. Mahal ni!
“Sorry... sorry...” Tertunduk-tunduk gadis itu meminta maaf.
“Tak apa, tak apa...” Dia mula meneruskan kerjanya. Gadis itu langsung tak diendahkan.
Gadis itu pun malas la nak memanjangkan cerita, dia mula melangkah ke tempat yang dituju. Ada hal lagi penting nak dibuat.
Bunyi bising yang datang dari Mercedes F400 nya menghentikan kerjanya. Dia menoleh. ‘Ya Allah~’ Tangan kanan memegang kepala. Perempuan ni la~. Pantas dia mengatur langkah ke sana. Selamat sahaja belakang Mercedes F400 nya mencium belakang Viva berwarna putih yang telah didekorasi mengikut citarasa pemiliknya.
“Encik, saya minta maaf... saya tak sengaja saya nak cepat. Saya minta maaf sangat.” Merayu-rayu gadis itu meminta maaf. Bertambah-tambah lagi rayuannya bila melihat muka Edmund yang tidak beremosi.
“It’s okay...” Edmund mendekatkan dirinya kepada Mercedes F400. ‘Calar la...adoi~’
“Encik nak minta ganti rugi ke? Saya tak mampu nak bayar... saya tengah kering ni encik. Tolong la maafkan saya. Saya tak sengaja. Encik suruhlah saya buat apa pun, saya sanggup... tapi saya memang tak ada duit nak bayar...” Gadis itu bersuara lagi.Jujur. Muka dia nampak tegang sungguh.
“Tak apa, tak apa... betul. Saya handle sendiri. Jangan risau.” Tak sampai hati la pula.
“Betul ke ni encik? Saya minta maaf encik. Saya tak sengaja saya nak cepat ni. Er, saya pergi dulu encik... terima kasih banyak-banyak...” Cepat-cepat gadis itu berlalu. Takut Edmund bertukar fikiran pula nanti.
“Menggelabah betul” Rasa nak tergelak si Edmund melihat sikap gadis itu. Macam Jenn. Menggelabah.
0 comments