27 TauruZ:
Tengku Muhammad Azil Iqbal
Tengku Syahran :
Tangan kiri menyangga kepala sementara tangan kanan sibuk
memutar pensel mekanikal biru membentuk heli. Nota matematik yang tercatat di
papan putih di depan kelas ditenung kosong. Mak oi…boringnya! Kepala perlahan
menoleh ke kiri, mata melirik tepat ke tempat duduk belakangnya. Erk? Kembarnya
yang lahir 4 minit lewat tu sudah menelangkupkan kepala ke atas meja. Heh,
sahlah matematik tu bukan untuk dia orang.
Tengku Muhammad Azul
Iskandar Tengku Syahran :
Kepala dibiarkan mendagu di atas meja. Papan putih dah
nampak kelabu je. Almaklumlah mata pun ala hidup segan mati tak mahu, separuh
je terbuka. Rasanya Azil yang kat depan dia tu lagi menarik dari binatang
matematik ni. Jam di tangan kirinya dilirik dengan ekor mata. 1.20 p.m. Lagi 10
minit habislah kelas matematik ni. Mata dipejam sekejap. Kepala ditelangkupkan
terus di atas meja. Agak terlena jugalah sekejap. Kemudian kepala diangkat
semula. Jarum jam ditenung lagi. Adoi… satu minit je bergerak? Betul la
matematik ni bukan untuk dia orang.
Syiffa Alia :
Kepala dilentokkan ke kiri kanan barang dua tiga kali.
Nak menghilangkan rasa sengal yang dah menyerang otot leher. Nge… aku ni la
dengan akaun. Kepala dilandingkan di atas meja. Mata dipejam celikkan beberapa
kali. Mata menangkap figura kembar berdua itu berjalan di koridor kelasnya.
Refleks kepala diangkat, anak mata coklatnya sekadar memerhati tingkah si
kembar yang hampir tiada bezanya antara mereka. Azil... si abang yang
mendahului di hadapan sekadar ditenung. Jantung yang bergetar dibiar bergetar
mengikut alunan lagu entah apa. Bibir mengukir sengih di bawah pengaruh sedar.
Tangan mengetuk dahi. Angau overboard aku ni.
One:
Beg sandang dibawa melepasi kepala. Kini dia memandang si
abang yang sedang membetulkan tali kasut. “Cepat la…”
“Sabar la…”
Kepala ditala ke depan
semula. Menunggu Azil betulkan tali kasut rasanya boleh siap makan tengah hari
tu. “Adoi…” Refleks kepala memandang belakang semula. Azil menggosok kepalanya,
mata dihala ke lantai, buku references Mathematics dan Biologi yang
setebal-tebal alam tu selamat berlipat-lipat bersepah . Apakah?
Mata terus tertancap pada
gadis disisi Azil, yang kejung tak buat apa-apa.
“Kau okay?” Azul bunyi
concern. Azil bangkit berdiri memandang
gadis unknown unidentified disisinya itu.
“Sorry?” Gadis itu
bersuara perlahan.
Pandangan masih tak
berubah Kedua-duanya kini memandang dirinya yang terasa kerdil lagi pathetic
tu. Kepala menggeleng sendiri. Adoi… macam mana boleh jatuh ni Syiff?
“Peningnya
la kepala aku… Tulah Mathematics la ni…”
Buku
Mathematics dan Biologi yang bertaburan di lantai dikutip satu per satu,
diserah pada gadis itu. “Sis, lain kali jalan pandang orang la…”
Syiffa
mengangguk dua tiga kali. Serentak Azul dan Azil melangkah pergi.
Two:
Tangan menopang dagu. Jenuh
mencari jawapan akaun ni tak settle juga. Stress dibuatnya. Kerana nombor nan
satu rosak jawapan seakaun. Apa kau ni Syiff, lawak ke buat perumpamaan macam
tu tengah hari buta ni? Suasana yang redup disekitar kawasan picnic table itu
langsung tak membantu dia menyelesaikan masalah akaunnya. Mata memandang
keliling, terasa berpinar pandang nombor dengan table lama-lama. Erk?
Azul dan Azil, si kembar
berdua itu mengecilkan mata meninjau-ninjau ke arah dirinya yang keseorangan
lagi kesepian di picnic table itu.
Azul
menoleh kepada Azil. Azil terus melangkah ke arah gadis itu.
“Oi,
kau yang jatuhkan buku atas kepala aku kan?”
Alapak!
Dia ingat! Refleks tangan buat palmface.
“Eh,
tak payah la drastic sangat. Releks sudah…” Tempat di hadapan gadis itu
diambil. Azul menyelit disisinya seperti selalunya, di mana ada Azil di situlah
ada Azul.
Syiffa,
kepala ditoleh ke kiri. Awatnya dok sini? Pi la main jauh-jauh sana…
“Heh,
akaun la der…”
Azil
menarik kertas yang sarat dengan table dan nombor itu. Azul,sekadar memandang
tanpa bicara.
“Kenapa
tak siap?”
“Tak
tahu buat…”
“Zul…”
Azil memandang adik kembarnya itu. Azul, tangan ditadah lalu jemarinya dikipas
perlahan, meminta pensel. Soalan dibaca sekali imbas. Jawapan yang salah
dipotong segaris, ditulis jawapan baru ditepinya. Tak sampai 3 minit jawapan
sudah terhidang depan mata.
“Ambil
akaun ke?” Soalan cepumas.
Serentak
kepala menggeleng. Heh? Then how come?
“Ambil
kat luar untuk SPM je.” Azil yang menjawab, si adik hanya diam.
Memang
kalau nak compare Azul dengan Azil, Azul nampak sombong, berbeza dengan Azil
yang ceria peramah sepanjang masa.
Dan
perbualan antara Azil dan gadis itu berlanjutan agak lama dari yang sepatutnya.
Heh, Azil memang cepat rapat dengan semua orang.
Three:
“Zil, beragak sikit…
lasagna aku tu.” Azul mendagu di kaunter dapur dengan muka boring. “Sikit la…
sikit…”
“Sikit-sikit…
kau pergi la makan spaghetti kau tu, tadi nak sangat…Penat Mak Yah buat tu…”
“Adoi…
sombong la… sikit pun tak boleh~…” Mulut bicara namun mulut masih mengunyah
lasagna seafood milik Azul.
“Zil…”
“Hm?”
“Kau… macam interested
dengan budak tu…”
“Syiffa?”
“Hm…”
Azil diam, muka serius.
“Tak ada la…” Senyuman terukir tiba-tiba.
Heh, gaya aku kenal kau
semalam, aku kenal kau dari dalam perut la der…
Four:
Azul melangkah merapati Syiffa yang sedang memasukkan
syiling dalam mesin air. Sedaya-upaya dia cuba menceriakan wajah. Nak buat rupa
Azil ni kena senyum sampai telinga.
“Oi…”
“Hai…nak air?”
“Tak… kau busy?”
Syiffa kerut kening.
“Tak…Er… tapi… Azil mana?”
Heh? “Aku la Azil…”
Syiffa angkat kening
kanan. “Kau Azul.”
Identified. “Kau dapat
bezakan aku dengan Azil?”
“Mesti a…”
“How come?”
“Sebab…” Kepala ditunduk
sekejap, mencari alasan yang sesuai mungkin.
“Kau suka Azil?” Azul
masuk mode diri sendiri.
Erk? “Azil suruh tanya
ke?”
“Dia tak tahu apa-apa…
tapi aku wonder macam mana kau boleh beza aku dengan Azil. Jarang orang boleh
buat macam tu.”
“Sebab… kat mata aku kau
orang berbeza…”
“Memang la… sebab kau
kenal Azil lebih dari orang lain. Kau suka Azil kan?”
“Kenapa kalau aku suka
dia?” Suara Syiffa naik satu not. Dari A ke C major.
“Eh, janganlah marah, aku
tanya je…” Senyum ikhlas terukir di bibir Azul. Buat pertama kalinya dilihat
Azul begitu. Ha, kali ni kalau dia nak kata dia Azil, baru aku percaya.
Five:
Dia berhenti melangkah di notice board. Maklumat terbaru
diteliti. Heh, result trial dah keluar a… 9 A 1B? Tak ada lain akaun la tu~
“Riddle-riddle… Math aku B
la, Zul…”
“Aku pun cukup-cukup makan
der…” Entah dari mana si kembar ni datang.
“Yang B ni mesti akaun
kan?” Azil menyengih memandang dia. Syiffa sekadar mengangguk.
“Ha, padan la kau orang
tu. Pergi la swap mata pelajaran tu~” Azul memberi cadangan.
“Habis kau?”
“Jap lagi aku datang… kau
orang jalan la dulu.” Tangan Azul menolak bahu Azil sementara Syiffa disuruh
jalan sekali. Azil menggaru kepala yang tak gatal. Syiffa dipandang dengan muka
pelik.
“Macam mana kau boleh
pandai mathematics? Kan ke susah binatang tu?”
“Akaun yang macam gila tu
boleh pula kau buat, mathematics tak boleh pula.” Azil lepas ketawa.“Tak faham
la…”
“Akaun lagi complicated.”
Syiffa membangkang.
“Siapa kata?”
Azul sekadar memerhati
dari belakang. Kalau dulu di mana ada Azil, di situ ada Azul, sekarang di mana
ada Azil, di situ ada Syiffa. Heh, aku tak kisah la kau nak bercinta. Tapi,
macam mana dengan aku nanti, Zil?
Six:
Langkah diatur kemas, Azul dan Azil memandang sesama
sendiri. Heh, pakai kot ni rasa macam ahli korporat pun ada. Kenapa la nak
dibuat majlis prom night segala. Gaya tak cukup pagi tadi dah buat hari konvo.
Padahal baru habis SPM tu, belum dapat result lagi.
Bibir Azil mengukir sengih
tanpa paksa. Syiffa la tu. “Handsome kau orang hari ni?”
“Tu perli ke puji?” Azul.
“I pick both…”
Erk? Aku ni la dengan
perempuan ni…
“Jom la masuk…” Azil.
“Kau orang masuk dulu
la…aku rasa macam nak gi gents la pula…”
“Time ni la pun… dah nak
mula tu weh…”
“Ala… pandai-pandai la aku
masuk nanti…”
“Jangan kau buat gaya VIP
sudah, grand je entrancenya…”
“Boleh je kalau nak…”
“Azul… kau jangan nak buat
lawak la..”
“Masuk je la!” Bahu Azil
ditolak.
Kaki Azil melangkah masuk
sekali dengan Syiffa. Merpati dua sejoli tu sekadar dihantar dengan pandangan. Senyuman
yang terukir dibibir mati perlahan-lahan. Good luck,people.
Seven:
Dia menelentang di atas katil. Dah habis SPM ni… tak buat
apa pun. Melongo je kat rumah. Kerjanya, makan, tidur, online… tu je la
ulang-ulang. Azil? Heh, tengah bahagia la dengan Syiffa pun. Handphone 24 jam
kat tangan. Kang kadang-kadang keluar. Adoi… dia pula yang tertekan. Memanglah,
dulu apa-apa pun Azil ada je dengan dia, ada la partner nak dibuat gaduh pun. Ni,
dia seorang je, nak gaduh dengan siapa? Mak Yah? Biar benar…
Kini dia duduk di atas katil, menghadap tv mati.
“Boringnya, Ya Allah~”
Wajahnya diraup dengan tangan kanan.
Kan ke betul… aku tak
kisah kau nak bercinta, tapi aku nanti macam mana, Zil?
Tak
payah tunggu nanti, sekarang ni… macam mana?
The
End.
Special:
Kaki
melangkah turun ke bawah. Memang sunyi la kalau hari bekerja macam ni. Papa
kerja, mama spa, Ifa, adik perempuan dia, sekolah. Mak Yah sibuk buat kerja.
Aku ni la, memang forever alone.
Kunci kereta dicapai,
keluar lagi best.
Pavillion, agak lengang
la… tak semena-mena kening kiri terangkat tinggi. Figura berdua tu memang dia
kenal betul. Azil dengan Syiffa. Nge… jelesnya!
Kaki melangkah keluar
balik. Tak mahu la terserempak, karang kacau je…
Aku ni, macam mana
sekarang?
Sedar tak sedar kereta dah dipandu sampai ke Sepang. KLIA
tersergam megah dihadapan mata. Dia keluar dari kereta. Hala tuju? Entah…jalan
je la…
Cermin kaca yang
mempamerkan lapangan terbang didekati. Anak mata sekadar memerhati kapal
terbang berlepas dan mendarat. Aku tak kira, aku nak fly pergi France juga.
“Germany…”
Suara perlahan itu menarik
perhatian. Dia menoleh ke arah punca suara.
Gadis itu memandang jauh
ke langit biru. Anak matanya kelihatan bercahaya dengan harapan.
“Kenapa dengan German?”
Concern juga ni…
Heh? Gadis bersweater biru
gedabak itu memandangnya pelik.
“Sorry~ Azul. Azul
Iskandar.”
“Tak ada apa dengan
German, saje je mention.” Gadis tu tersenyum. Kemudian dia berlalu pergi, macam
tu je… Azul sekadar mengahantar gadis tu dengan pandangan. Tiba-tiba tangan
buat palmface. Semenjak bila kau jadi peramah sangat nak menegur orang tak
kenal? Perempuan pula tu.
Entah… perempuan tu… macam
ada aura… very rare…punya aura. Tapi… siapakah gerangan?
To be continued in Ich
Liebe Dich.
Ikhlas:
Juann Fitri©
arghh!! apeenii??? Tension! Cemana ngan Azul? Cepat3.. Kamu suka buat saya anxious+curious simultaneously la..
ReplyDeletelupa tnya... 27th April kaa? Or something else?
ReplyDeletehaha~ yup stands for 27 april, birthday dorang actually~ but the other means their character themselves la like on the bright side, dorang kreatif, sangat menghargai presence of each other. Tapi Azul reflection dari Azil on the dark side. Azil kan happy~ Azul agak sombong sikit... macam tu la... hoho...
ReplyDeleteheheee.... =) love it...
ReplyDeleteSiapkan Ich Liebe Dich tuu cepat2!
=D