Ich Liebe Dich


Ich Liebe Dich:
Dari fail peribadi sulit Tengku Muhammad Azul Iskandar Bin Tengku Syahran. Kisah cinta paling urban dan romantik.

Bismillahirrahmanirrahim~

Malaysia, 5 years back:

            Kaki melangkah turun ke bawah. Memang sunyi la kalau hari bekerja macam ni. Papa kerja, mama spa, Ifa, adik perempuan dia, sekolah. Mak Yah sibuk buat kerja. Aku ni la, memang forever alone.
Kunci kereta dicapai, keluar lagi best.
Pavillion, agak lengang la… tak semena-mena kening kiri terangkat tinggi. Figura berdua tu memang dia kenal betul. Azil dengan Syiffa. Nge… jelesnya!
Kaki melangkah keluar balik. Tak mahu la terserempak, karang kacau je…
Aku ni, macam mana sekarang?
            Sedar tak sedar kereta dah dipandu sampai ke Sepang. KLIA tersergam megah dihadapan mata. Dia keluar dari kereta. Hala tuju? Entah…jalan je la…
Cermin kaca yang mempamerkan lapangan terbang didekati. Anak mata sekadar memerhati kapal terbang berlepas dan mendarat. Aku tak kira, aku nak fly pergi France juga.
“Germany…”
Suara perlahan itu menarik perhatian. Dia menoleh ke arah punca suara.
Gadis itu memandang jauh ke langit biru. Anak matanya kelihatan bercahaya dengan harapan.
“Kenapa dengan German?” Concern juga ni…
Heh? Gadis bersweater biru gedabak itu memandangnya pelik.
“Sorry~ Azul. Azul Iskandar.”
“Tak ada apa dengan German, saje je mention.” Gadis tu tersenyum. Kemudian dia berlalu pergi, macam tu je… Azul sekadar menghantar gadis tu dengan pandangan. Tiba-tiba tangan buat palmface. Semenjak bila kau jadi peramah sangat nak menegur orang tak kenal? Perempuan pula tu.
Entah… perempuan tu… macam ada aura… very rare…punya aura. Tapi… siapakah gerangan?

France, April 27.

            Telefon yang berdering lagu Faber Drive_Tongue Tied tu membuatkan dia terjaga serta merta. Kertas-kertas yang sarat tertulis angka-angka tu dah bersepah-sepah di atas meja terus terbang ke lantai. Mata terus pasang mood skimming and scanning, mencari handphone nan satu yang rasanya dah berkubur dek timbunan kertas-kertas references, assignments segala. Aku ni la…Ya Allah~
“Hello?” Suara serak-serak basah, masih mamai.
“Happy Birthday!”Suara Azil bergema di belah sana talian.
Senyum terukir tiba-tiba. “Aku dah wish kau dulu la semalam…Aku menang…Thanks ‘neway”
“Eleh, siapa suruh duduk France. Duduk sini dengan aku dah best je…” Sebab beza 8 jam antara Sydney dengan France, tak fasal-fasal kena sambut waktu lain-lain.  
“Aku tak nak kacau kau dengan bakal kakak ipar…”
“ Apa kacaunya… kau duduk sana aku risau tahu?”
“Kan aku dari dulu dah kata, aku tak nak pergi Sydney…”
“Ye la… siapalah Sydney compare dengan France…”
“Shut up…” Mata yang kelat digosok dengan belakang tangan.
“Haha… apa cer pasal practical tu?”
“Aku kena pergi German…”
“Eh?”
“Hmm… Ada few students kena hantar sana…Russia…Scotland.”
“U collab ke?” Collaboration antara universiti.
“Biasa…”
“Ok… Good luck anyway?”
“Hmm… Take care…”
“Kau take care…”
“Kau jangan nakal-nakal…”
“Eh?” Ketawa Azul lepas. Melayan Azil sampai tahun depan pun tak habis. Baik la diguna waktu tu nak menyiapkan assignment yang bertingkat ni. Talian dimatikan.

Germany, July 14.

            Langkah diatur terus keluar dari balai pelepasan Frankfurt International Airport (FRA) ke lobi bersama tiga orang pelajar yang bakal menjalani practical di sini. Namun tiba-tiba dia berhenti, di tengah-tengah orang ramai yang sedang lalu-lalang. Jantung berdegup lain dari biasa. Macam… dulu tu… perasaan satu ketika dulu tu…

macam ada aura… very rare…punya aura. Tapi… siapakah gerangan?

            Kepala menoleh kiri kanan. Mencari aura yang dirasainya tatkala ini.
“Azul, are you alright?” Suara Smartie menghentak gegendang telinga.
“Huh? I’m okay… yeah…” I think so…
“Let’s go, dude! Come on!” Benjy, lelaki dari United States itu sudah berlari dulu ke depan.
Aduh… Ribena sungguh~
Beg pakaian yang terletak di atas lantai lobi dicapai. Saat itu, mata bertembung dengan ‘beliau’. Gadis itu berjalan tergesa-gesa terus ke dalam lautan manusia entah menghilang ke mana. Dia…ke?


Now, Malaysia:

ONE:

            Kereta Mercedes-Benz F400 itu memecut laju membelah lebuh raya terus ke Sepang dari KL. Tugasan baru telah diterima dari suara besar, Tengku Syahran (bapa sendiri) untuk dia menggantikan tempat En. Hadziq yang telah dihantar ke Dubai sebagai pengarah urusan. Tak fasal-fasal dia pula nak kena menguruskan penghantaran import dan eksport barang-barang syarikat. E.Shine, syarikat barang kemas dan batu permata yang telah lama diusahakan oleh bapanya sejak beberapa tahun yang dulu.
            Dia berjalan terus masuk ke pejabat Pengarah Urusan MAS. Rata-rata perempuan memang bulat mata bila memandang dia. Dia? Buat dono je. Sekadar membalas senyum kalau ada yang senyum.
Alai, sahabat lama yang menjadi pengarah urusan di MAS itu bangkit bersalaman dengannya.
“Long time no see,bro…”
“Biasalah… pengarah urusan kan sekarang…”
“Azul…” Alai buat muka pathetic. Konon terasa dengan kata-kata Azul.
Azul ketawa lepas. “So?”
“Jom…” Azul dibawa ke tempat pemunggahan cargo. Di situ kotak-kotak E.Shine yang terisi sarat dengan batu permata dan barang kemas sedang diangkut masuk ke dalam kapal terbang cargo yang disewa khas oleh E.Shine.
“Nah…” Fail merah bertukar tangan. Dari Alai kepada Azul. Laporan mengenai penghantaran yang lepas dan borang pelepasan untuk penghantaran kali ini. 
Laporan dibaca teliti, sampai berkerut-kerut kening.
            Jantung tiba-tiba berdegup lain macam. Again. After 5 years? And this feelings? Bacaan terhenti. No way…

            “Oi,Lai... bila kau nak order X-1R ha? Dah nak habis tahu tak?” Satu suara memecah eardrum masing-masing. Pantas keduanya menoleh ke arah punca suara.
Gadis itu terhenti apabila langkahnya tinggal beberapa tapak sahaja kepada mereka.
“Kau busy... okay. See you later.”180 darjah langkahnya berubah. Menghala semula ke Maintenance Department.
           
            Matanya membulat besar.
“Siapa?” Soalan cepumas dari Azul kepada Alai.
“Er… Nina nama dia… flight engineer…” Menggelabah Alai menjawab bila disoal dengan serta-merta macam tu. Terkejut mak!

Nina… dah tahu siapakah gerangan yang ada aura lain macam tu. Gotcha!


TWO:

           
            Dia menggeliat ala kadar dengan baju mekanik blue black yang selamat diikat dipinggang, menyerlahkan versi original t-shirt grafi-tee debut yang tertulis ‘I’m not racist, just color preferences’ dengan mainan rona warna yang pelbagai. Namun aksi gaya bebas tu terhenti tengah jalan bila mana dia terasa seolah-olah ada yang memandang. Mata pasang mode skimming and scanning. Baru je nak menoleh ke kiri, figura lelaki itu muncul di ruang mata. Lengkap dengan blazer dan neck tie yang kemas tersemat di badan lelaki itu.
            Lelaki itu tersenyum tanda acknowledgement. Dia mengangkat wajah, menyoal ‘apekehal’ tanpa suara.  “Busy? I bet it’s lunch time right now?” Mata lelaki itu melirik pada jam tangan Rollex Silver Gold yang tersarung di tangan kiri. Refleks dia turut mencari jam di tangan kiri. Tapi dia end-up dengan tapak tangan kiri menepuk dahi. Lelaki itu buat muka pelik. Macam mana boleh lupa, semenjak bila kau pakai jam time kerja?
“Eh, tak payah la drastic sangat…” Lelaki itu bicara dengan senyuman. Heh… lelaki ni memang murah dengan senyuman.
“I’m gonna wait you at the lobby?”
“I…” Langkah lelaki itu terhenti, dia menoleh semula ke arah gadis itu.
“Saya…”  “I’ll wait you there…” Pantas dia memotong kata-kata gadis itu. Tak nak kena reject in the first base. C’monla… tak kenal maka tak cinta, kalau dah kenal tapi tak cinta juga tu lain ceritanya.

to be continued:
By Juann Fitri~
0 comments