Emo Kid Next To Be Ska Boy



Salam inspirasi dari New Jersey terus ke Malaysia. Thanks, Louisse C.


Bismillahirrahmanirrahim~

Dia hot. Aku tak. Dia main sukan. Aku tak. Dia happening. Aku tak. Dia popular. Aku tak.
Terlalu banyak perbezaan antara aku dengan dia. Persoalannya kenapa dia beria-ia nak berkawan dengan aku. Sedangkan sebelum ni hidup aku aman tenteram je tak ada sesiapa ganggu. Tapi sejak dia muncul dalam hidup aku, dia buat aku rasa diri aku bukan lagi macam diri aku. Bak kata Enrique Iglesias, I’ve drown in her spell. Dan aku, aku tak boleh buat apa pun tentang tu.    –Shan-
***

          Shan, seorang remaja lelaki yang dilahirkan dalam keluarga yang broken. Broken langsung sampai tak ada harapan pun nak sembuh. Bapa dia berkahwin lain, ibu dia terlalu sibuk bekerja, abang dia lari rumah, kakak dia memberontak. Dalam hidup dia , semuanya serba tak kena. Sampai satu tahap, dia rasa nak tinggalkan je semua ni. Dah penat sangat. Kalau kat sekolah pun, dia tak ada kawan, gara-gara dia tak nak berkongsi kisah hidup dia dengan orang lain. Heh, kalau cerita pun dia orang tak kan faham. Dia orang tahu nasihat je, bukannya dia orang penah berada kat tempat dia. Berada dalam situasi hidup dia.
            Dan itu adalah sebab utama dia malas sangat nak pergi sekolah. Tak ada kawan. Kena panggil ‘emo’ oleh semua orang. Heh, kalau tengok style pun memang ya…

            “Shan! Mama nak keluar ni…” Kepala menoleh ke arah jam dinding. Pukul 10.30 malam. Heh, pergilah, macam tak biasa pula, nak beritahu segala. Jantung tersentap sekejap bila pintu biliknya diketuk bertalu-talu dari luar. “Shan, I’m talking to you!”
Dia bangkit mendekati radio. Dipasang kuat muziknya menghentak speaker, tak nak dengar apa-apa dah. Terdengar mamanya mendengus kuat lalu terus berlalu. Selang beberapa minit, hon kereta entah apa dah bising di luar rumah. Mata dipejam kuat. Mama keluar dengan lelaki tu lagi. Air mata keluar lagi. Heh, sejak akhir-akhir air mata memang senang keluar. Dah tak kisah jantina dia lelaki ke apa. Rasa nak nangis je memanjang.
           
            Mata terbuka perlahan-lahan. Bunyi bising deruman enjin kuat tu mengganggu tidurnya. Apekehal? Dia menggosok mata perlahan terus menuju ke tingkap bilik, menjengah sepenuh hati memandang ruang depan rumah. Dia tersentak kejap bila bunyi tingkap rumah sebelah terbuka. Rumah yang kosong baru siap dibina tu. Seorang gadis muncul juga agak terkejut melihatnya. Dua saat mereka begitu sebelum gadis tu tersenyum gembira. Gadis tu melambai kepadanya.
“Duh!” Dia memalingkan wajah. Terus menutup tingkap biliknya. Jiran sebelah yang entah kenapa terlalu optimistic. Heh, allergic betul!
            Gadis itu terkedu sendiri. Kenapakah? Dia angkat bahu sendiri. Kalau ya tak suka, tak payah la over-reacted sangat. Touching kot aku!

***
            Kaki melangkah turun perlahan. Malas longlai je gayanya. Sebaik sahaja kaki menjejak tingkat bawah dia melirik ke arah ruang tamu. Kakak dia tengah best je berdondang sayang dengan televisyen. Heh… tak nak pergi sekolah lagi la tu.
            Tapi…kalau ikut hati dia sendiri pun, tak nak pergi. Kat sekolah bukan ada apa. Tapi, dia pun tak tahan nak duduk rumah ni. Nak menghadap manusia-manusia dalam rumah ni.
“Kau nak pergi sekolah?” Kakak dia menyoal sinis.
“Ye la…duduk rumah bukan ada apa pun…”
“Macam la kat sekolah tu ada apa-apa.”
“At least tak semak sesak macam kat rumah ni...”
Kakak dia angkat kening. “I’m not going to stay anyway.” Shan angkat kening memandang kakak dia. “You’re going out again? Sister, you’re just come home…”
“So, what? Even mom does not care about it…”
“Shesh!!” Dia mendengus sendiri lalu terus keluar. Pintu dihentam kuat. Langkah penuh amarah menapak satu per satu.

            “Wait!” Dia tak berhenti. Malah semakin dilajukan langkahnya. Tersentak juga dia melihat gadis itu slumber berjalan di sisinya. Macam mana? Kepala menoleh ke belakang kejap. Rasanya dah jauh dia berjalan dari rumah, macam mana gadis ni boleh catch up dengan dia pula… Urgh!!
            Gadis tu melirik padanya. “So…awak nak pergi sekolah?”
Diam,langkah lelaki itu semakin laju.
Heh, gadis itu menggeleng sendiri. Untuk pemain bola baling macam dia. Setakat nak kejar budak lelaki ni tak ada hal la…
“Dude, I’m talking to you…” Gadis itu memandang dia.
Dia buat tak ambil peduli.
Beberapa saat kemudian, gadis tu buat muka terkejut. Over-reacted la pula…
“I’m sorry…” Dia kerut kening memandang gadis itu. Pahal?
“I don’t know if you’re mute… but I do understand body languages…By the way the name is Shafira. What’s yours?”
“Duh! Just leave me alone!” Dia mula berlari meninggalkan gadis itu.
Gadis itu tersenyum kecil. Sekurang-kurangnya dia bercakap.

***
            Tak sampai berapa hari gadis tu dah famous kat sekolah. Heh, atlet bola baling la katakan. Dengan pakej yang dia ada, memangla…kejap je nama dia naik. Kejap je jadi fenomena kat sekolah tu. Tapi, uniknya, gadis tu buat biasa je. Mungkin, dia dah biasa jadi tumpuan macam tu. Dia sandarkan tubuh pada kerusi. Sekolah ni penat la…Siapa cakap ‘school is cool’ tu memang la… sah dia orang menipu.
            Dia tersentak bila mana ada sandwich diletakkan depan dia. Shafira muncul dengan senyum, menarik kerusi dihadapannya, lalu terus duduk.
“Kenapa tak makan… kan ke waktu rehat? Diet eh?”
“Boleh tak kalau sehari je kau jangan kacau aku?”
“Why are you so hardcore?”
Soalan cepumas gadis tu buat dia terdiam. Dan itu, itu yang dia pantang sungguh!
Dia bangkit, kasar, kerusinya terjatuh. “Jangan nak masuk campur urusan hidup aku!” Terus dia melangkah keluar dari kelas. Semak!

***
            Dia merenung bintang malam melalui tingkap bilik tidurnya. Rumah sunyi sangat, dia seorang je yang ada kat rumah sekarang ni.
“Hey…I’m sorry” Dia tersentak lagi. Duh! Sejak perempuan ni ada, dia asyik terkejut je. Mahu kena heart-attack hari-hari macam ni.
Gadis itu tersenyum memandangnya dari tingkap rumah sebelah. Bilik gadis tu.
“Dude, I still don’t know your name…” Shafira bicara. Dia nampak comel dengan selendang yang diselempang di bahunya. Menutup rambut yang haram ditunjukkan kepada lelaki rumah sebelah ni.
“Don’t even bother…” Seraya itu tingkap ditutup.
“What’s wrong with him?”
            2 A.M. Shafira memandang figura rumah sebelah. Bising sangat. Sangat-sangat. Dengar orang berbalas tengkingan,herdikan segala. Telinga dipicingkan.
“You yang curang dengan I dulu!”
“Tapi you tak ada hak untuk curang dengan I. I masih suami you!”
            Suara orang sebelah. Dia angkat kening tak nak ambil peduli sampailah…
“Mama dengan ayah sama je! Jadi tak payah nak cari salah siapa. Kita orang yang terseksa kat sini tahu? Kenapa ayah dengan mama punya masalah, kita orang yang kena jadi mangsa?!” Air mata tak dapat nak tahan lagi dah. Pang!
Diri sendiri terkejut dengan tindakan ayahnya. Bibirnya dipegang. Darah.
            “Now you start to hit me. What’s next,dad? Memang patut pun Abang Sham lari!” Pantas dia berlari keluar dari rumah entah menuju ke mana. Air mata turun semakin deras. Kenapa hidup aku macam ni? Apahal ruins sangat?
            Dia berhenti di taman permainan dekat-dekat dengan rumah. Terus dia duduk di buaian menangisi semua yang berlaku. Hampir tergolek dia bila melihat beberapa helai tisu dihulur padanya. Shafira, coming out of nowhere. Tiba-tiba terconggok je depan dia macam tu.
Dia berdiri menghadap gadis itu. Matanya merah sebab marah, malu, menangis. Heh, semua perasaan bercampur-baur.
“Aku dah cakap jangan masuk campur urusan hidup aku. Kau tak faham ke?!” Dia menjerit semahu-mahunya pada gadis itu. Melampiaskan segala amarah.
“Aduh!” Dia bersiut menahan sakit bila Shafira tiba-tiba menonyoh bibirnya yang luka dengan tisu tadi. “Tak payah!” Tisu dirampas. “Pergilah balik! I need to be alone…”
            Shafira melangkah ke buaian sebelah. Sengaja diayun laju-laju. Tangisan lelaki itu semakin kuat. Now I know why he’s so hardcore.
“Puas hati kau sekarang kan? Kau dah tahu siapa aku kan?” Shan tiba-tiba bicara. Eh, salahkan kita pula…
Shan, air mata dikesat dengan belakang tangan. “Kau jangan masuk campur urusan hidup aku lagi. Aku dah cukup sesak dengan semua masalah yang aku ada.”
Langkah diatur meninggalkan gadis itu.
“Where’re you going?”
“Don’t even care!”
“I just wanna be your friend. That’s all.”
“Why on earth you wanna be my friend? I’m nobody!”
“Me too…”
“Shut that up! You don’t even know how much I suffered and you surely will not understand.”
“Then share it with me…”
            Shan geleng kepala. Melayan perempuan ni sampai raya tahun depan pun takkan habis. Langkah diatur semula meninggalkan tempat itu. Hala tujunya tiada, kaki sekadar melangkah. At least dia bukan berada kat rumah atau dekat dengan sesiapa. Dia cuma nak bersendirian sekarang. Heh, now I’m more like emo. Duh!
***

            Shafira, langkah di atur ke tengah padang. Ramai dah orang turun berlatih petang ni. Bola di tangan sekadar dilambung-lambung. Dia tak masuk dalam gelanggang pun, sekadar duduk di tepi padang, memandang pemain lain. He’s emo. Konklusinya.
“Hey, Shafy. Let’s play!” Fiza di tengah padang melaung kuat. Adoi, gaya dia kat benua Afrika je jerit macam tu. Okay, that’s sounds hyper.
            “Comin’!” Dibalas dengan jeritan sepelaung juga. Heh, macam ni la nak hidup kat tempat baru. Layan je…
“Kau macam dah ready je nak main untuk tournament kali ni?” Shasha, entah dari mana datang menyoal.
“Tak ada lah ready pun. Malas nak ambil pusing sangat. Aku main nak enjoy je.” Dia balas bersahaja. Heh, itu cakap dia. Kalaulah dia orang tengok profile dia. Gadis dari Cyberjaya ni dah monopoli entah berapa pertandingan. Siap pernah bawa nama negara pergi main kat Australia. Memanglah, gaya tak risau. She’s an ace after all.
            “Shafira…” Suara lelaki tu memang annoying. Tak payah tengok pun dah tahu. Lukman, Kapten Bola Keranjang yang suka menggoda. Mana-mana perempuan pun dia nak sapu.
“Dude..” Dia sekadar angkat tangan membalas.
“Wanna grab some drinks after? “
“Na…I’ll just go home.”
“Hey, kau tak pernah lepak dengan kita orang pun kan?”
“Aku banyak kerja dude.” Nak fikir fasal budak emo tu lagi. Eh, apahal pula?
Tapi kalau tu boleh jadi alasan nak lari dari buaya darat ni, okay, challenge accepted.
“Kerja boleh settle nanti-nanti…”
“Lepak tak payah pun tak apa…”
“Tak payah la sombong sangat…”
“Tak pandai la nak menyombong segala…”
Langkah diatur terus, step by step nak menggolkan satu jaringan. Heh, bola berjaya ditepis oleh tiang gol. Duh…Sttresss!!
***
           
            Tingkap dibuka perlahan-lahan. Guli-guli kecil yang berada ditangan ditimbang-timbang kecil. Let’s have a heart to heart conversation.
Satu demi satu guli-guli kecil tu dibaling ke tingkap rumah sebelah. Berdenting juga bila terkena cerminnya. Tak terbuka juga. Dia tak putus asa, sampai guli yang terakhir. Dibaling straight terus, dan waktu tu juga la…tingkap tu nak terbuka pun. Maka, selamatlah guli itu mendarat di dahi jiran sebelah yang emo tu.
Shan, dahi dipegang penuh kesakitan. “Oi! Dah tak ada kerja lain ke?!”
Shafira, tak tahu nak gelak ke nak diam je. Dan akhirnya diri sendiri buat keputusan nak gelak je.
“Tak kelakar la!”
“Kenapa tak pergi sekolah hari ni?”
“Jangan sibuk la! Kau ni…adoi, asal tak faham bahasa sangat ni, nak aku repeat guna bahasa apa? Tamil? Mandarin?”
“How about French then?”
Shan tunjuk lagi muka singa dia. “Tolong la… tak payah la nak sibuk. Aku penat la…”
Lelaki tu kini bersandar di dinding. Terus melurut duduk di atas lantai. Dan Shafira hanya dapat melihat rambutnya kini.
“You know, if you start finding friends, your life wouldn’t be that sad…”
“I don’t need friends…I just need a family.”Perlahan dia mengucapkan kata-kata itu.
“Then come to mine…you’re always welcome though, since I have no siblings. My parents will be glad too…My father especially, he always want a son.”
Shan, tak tahu nak gelak ke nak terharu. Perempuan ni la, manalah nak sama family sendiri dengan family lain.
“Aku tak tahu la yang kau ni bodoh ke atau pun saja nak tunjuk baik ke…”
“Oh, that’s harsh!” Shafira memegang jantungnya. Seolah-olah tertusuk dengan kata-kata lelaki itu. “Kau tak payah nak ambil peduli…Kalau bapa kau nak sangat anak lelaki suruh je mak kau mengandung lagi, tak pun kahwinkan kau je…”
“Hmm, I wish my father will let me marry…”
“Apahal, kau tak sanggup nak ada siblings?” Nada Shan bunyi sinis.
“Tak la… saja nak kahwin, umur dah macam ni…tak salah kan?”
“Duh, kau tak payah cerita angan-angan kau nak kahwin dengan aku la…”
Shafira tersenyum. “Dude, we’re going well, don’t you think?”
Shan bangkit dari duduk. Memandang dia. “What do you mean?”
“I see, you can get along well too. Why don’t you give it a try? I mean with those guys in school.”
“Kau nak paksa aku pula sekarang. Aku bercakap dengan kau tak bermakna kau boleh masuk dalam hidup aku. It’s just an acknowledgement, since you’re my neighbor and you keep on talking to me. Don’t you get tired?”
“I do…”

***
            Dah beberapa hari dia buat bicara dari hati ke hati dengan orang rumah sebelah. Well, rasa ringan juga sebenarnya. Tak ada terbeban sangat dengan semua benda yang jadi. Mungkin betul la, beban tu akan rasa ringan sikit bila kita share. Tapi, tu tak bermakna yang hidup dia dah bertukar berwarna-warni. Masih sama macam dulu, cuma the dark side tu dah menunjukkan tanda-tanda nak terang sikit.
            Dan kini dia hanya duduk di bleachers, memandang gadis itu sedang bertarung dengan pasukan sekolah lain untuk acara bola balingnya. Entah macam mana boleh terjebak sekali ni pun. Cap di kepala dibetulkan, sekadar memandang tak bercakap apa. Tapi, telinga dapat juga tangkap beberapa perbualan orang sekeliling. Rata-ratanya terkejut kenapa dia ada kat sini, tengok bola baling pula tu. Dia sekadar membiarkan. Senyum karang, dia orang tergolek pula.
            Wisel penamat akhirnya ditiup. Sekolah dia menang dengan mata 12-3. Heh, siapa je boleh lawan si Shafira Ace tu? Bola dia macam berapi-api je tengok. Penjaga gol team lawan pun asyik mengelak je. Tapi yang boleh dibanggakan dengan team lawan tu sebab attack dia not bad. At least dapat la tiga mata. Duh! Oi Shan, semenjak bila kau jadi penganalisa sukan ni?
Kepala menggeleng sendiri.
            Rata-rata manusia dah meninggalkan kawasan bleachers, cuma dia yang masih duduk penuh setia di bangku tu. Heh, kalau boleh tak nak tinggalkan sini. Inilah first time dia duduk dengan ramai-ramai orang macam ni. Rasa social sikit. Tapi ini pun gara-gara Shafira si jiran penyibuk tu la. Ditariknya dia kat sini, dipaksa duduk sampai habis pertandingan pula tu. Over-reacted betul.
            “Shan!” Dia menoleh memandang gadis yang berada di belakangnya. Dah siap bertukar baju. “Jom…”   “Kau nak tarik aku pergi mana pula ni?” Macam selalu, nadanya sentiasa sinis. Shafira tersenyum. “Café jap. Aku haus la…”
“Lepas tu kita terus balik…”
“Alright,emo…come on!”
“Shut up,miss B” Miss B, Miss Busybody.
            Langkah yang diatur ke café memanglah pelik je rasa. Semua orang kini dah memandang dia dengan Shafira macam dia orang tu cyborg.
Tempat diambil bersebelahan tingkap. Agak terlindung dari orang ramai. Shafira datang balik dengan Iced lemon Tea dan Milo di tangan. Iced Lemon Tea diserah pada Shan, sementara dia menggantikan tenaga yang dah dikerah dengan Milo.
“Hey, Shafira, kita orang nak celebrate dekat Dunkin Donuts. Jom la…jom la…” Fiza datang dengan pemain lain. “Eh?” Dia angkat kening sebaik shaja melihat lelaki bertopi yang duduk dihadapan Ace team bola baling tu. Siapa je dapat duduk satu meja dengan Shafira ni?
“Girls, you’re all ready?Eh?” Lukman pun…beri reaksi yang sama. Shan yang tadi sekadar memandang ke luar tingkap kini mengangkat tangan.
“Guys…ni Shan, Shan ni…”
“I know them more than you do…” Dia bangun, nak meninggalkan scene. Heh, manalah mungkin dia nak melepak sekali dengan budak-budak hot sekolah. Siapalah dia. Langkah terus diatur,keluar dari pagar sekolah.
“Oi,asal tak tunggu aku?” Shafira muncul berlari dibelakangnya. Dia terkejut juga.
“Aku ingat kau ikut dia orang…”
“Dude, aku penat la… aku main bagai nak skema, sekarang bukan masa aku celebrates segala. Aku nak rehat, aku nak bersantai-santai sampailah kau blah, paksa aku kejar kau. Kau ingat kau tu apa? Celebrity ke?”
“Sorry…”
“Eh?” Now, he’s saying sorry? I thought he will reply it with cynical sentences or at least a smirk. But sorry?
“I thought you’re like, I mean, you know girl like you should be with them…”
“Girl.Like.Me? What are trying to say?”
“Yo..You’re famous… you’re hot…I mean… Duh! Just forget it!”
“You’re calling me hot?” Shafira berhenti melangkah. “Tak payah nak perasan lebih-lebih la. Aku terlepas cakap je. Aku tak fikir pun apa aku cakap…” Gadis itu ditinggalkan di belakang. Malu si~.
“Maksud kau, kau betul la maksudkan benda tu, sebab it’s just pop outta your mind,right?”
“Eh?”
Shafira sengih. Kecil, tawar. “I prefer you call me beautiful instead of hot though…”
“You’re not beautiful.”
“Tak payah straight sangat boleh kan?”
***

            3 A.M. Rumah sebelah bising lagi. Tiap-tiap minggu macam tu. Dan ia hanya akan berlaku bila ayah Shan balik. But it gets worse. Kali ni… dengar bunyi barang pecah. Dia pula yang takut. Shan, macam manalah perasaan dia. Dia tersentak bila loceng rumah ditekan berkali-kali. Cepat-cepat dia turun. Sebaik kaki menjejak lantai, dia dah nampak Shan tengah menangis dalam pelukan papa. Mama cuma memandang, faham perasaan lelaki yang tengah menginjak dewasa tu. Dan dia pun turut menangis. Kat tangga tu sendirian.
            Hot chocolate bertukar tangan. Lelaki tu dah nampak tenang sikit dari mula-mula dia datang. Mama datang mendekati dengan kain di tangan. Dituam lebam di wajah lelaki itu. Entah kena apa sampai biru macam tu.
“Saya minta maaf, kacau keluarga pak cik malam-malam. Tapi, saya dah tak ada tempat lagi nak pergi.”
“Tak apa, Shan. Kamu sentiasa dialu-alukan ke rumah ni.”
“Kamu tidur sini je malam ni,Shan.”
“tak apalah , mak cik. Kejap lagi dia orang okay la tu. Saya tak nak susahkan sesiapa.”
“Tak susah pun. Daripada tengok kamu macam ni.”
“Saya okay. Saya dah biasa dah. Cuma saya harap semuanya akan berakhir cepat. Tak pun, mungkin saya akan pindah rumah abang saya.”
Shafira yang sekadar memandang lantai, memandang terus ke wajahnya. Bengkak-bengkak tu makin jelas.
“Kau boleh je tinggal sini, kot…” Shafira bicara, memandang kedua ibu bapanya.
“Tak, tak ada beza pun. Nanti tak fasal-fasal, keluarga ni pula dapat masalah.” Shan bicara.
“Macam lah kau tu penjenayah.”
“You don’t know my father.”
“Shan…I’m just wondering, why didn’t your parents just break-up if they can’t get along anymore?” Mama bersuara tenang. Shan menggeleng. Saya tak tahu, saya betul-betul tak tahu.
“I should go home…” Shan tiba-tiba bangun. “Tapi… tak reda lagi…” Seboleh-bolehnya Shafira cuba menghalang.
“It’s okay. It won’t last forever after all…”
            “Hey emo… where’re you going, packing all those stuff?” Shafira menegur lelaki itu. Memandang melalui tingkap sudah cukup untuk dia melihat yang Shan bersungguh-sungguh masukkan semua barang dia dalam satu beg.
“Run away…”
“Shan…you really wanna leave me?”
“Heh, why do you care?”
Saliva yang ditelan terasa berpasir. “ I thought we’re friends.”
“I never say it…”
“Well, friendship doesn’t require any statement.”
“I’m off to my brother’s place. I’m gonna exchange school too. So, maybe we’ll never see each other again. That’s all I can tell.”
“You really wanna leave me?” Air mata rasa nak jatuh bila-bila masa je.
“I’m sorry, I’ll never forget you. You will stay in here.” Shan memegang dadanya, menunjukkan hatinya. “And here..” Beralih ke kepala, ke mindanya.
“You’re bad, emo…”
“Yeah, call me what ever, Miss B. It won’t last longer.”
Barang-barang siap dikemas. Jam di dinding di tenung. 10.30 pagi. Masa yang sangat sesuai nak pergi. Mak dia mesti tengah sibuk bekerja, dan tak kan sedar apa-apa,well, mungkin dalam dua tiga hari…
            “Gotta go now,Shafira. I’m glad that I know you. I wish you a very good luck. Till then, next time. Take care of yourself,okay?”
“Why do you care?”
“Because you’re my friend. My best friend.”
“I never say it…”
“Well, friendship doesn’t require any statement.”
“Bad emo…”
“Thanks for everything.” Sudah tu Shan. Dah masanya nak pergi. Karang tertinggal train, payah pula. Beg ditarik kemas dalam genggaman. Terus dia melangkah pergi, tak menoleh lagi dah. Dan, Shafira sekadar menangis memandang keliling bilik lelaki itu.
Bad emo.


***

            It’s been a while now. Everything changes. Her, not excluded. Him? I don’t know.
Tingkap dibuka luas-luas. Membenarkan cahaya bulan masuk. Well, it’s been forever she hasn’t sleep at this room since she’s studying oversea now. And in this summer, she just wanna come back. Bilik orang sebelah dipandang. Dah ada orang lain tinggal sana. Family Shan? Entah. Tak tahu apa cerita, rasa macam baru semalam semua benda tu berlaku. Walaupun perkenalan dia orang singkat tapi dia tetap happy. Macam lelaki tu cakap, I’m glad that I know you.
            Jam di dinding di pandang. 10.30 malam. Dan kalau dulu waktu-waktu macam ni, memang akan berborak dengan Shan sampai pukul 2 pagi. Siapkan kerja sekolah sama-sama. Okay, banyak berbual daripada buat kerja sebenarnya. Bibir mengukir sengih sendiri bila teringat kes guli yang terhentak kepala Shan.
            Kenangan mati bila tingkap bilik sebelah terbuka. Seorang lelaki muncul mengahdap dia. “Eh?Ada orang kat bilik ni rupanya?” Lelaki tu menyoal dengan senyum di bibir nipisnya. Gadis tu nampak agak terkejut. “Kau duduk sini ke selama ni?” Angguk.
“Kau?Kenapa ada kat sini?”
“Hmm…let’s say aku stalk kau?”
“Tak kelakar…”
“Kau masih sombong macam dulu kan?”
“Tak pandai la nak menyombong segala.” Tingkap ditutup cepat-cepat. Kecewa juga, ingatkan Shan. Rupanya Lukman. Shesh! Sttresss!

            “Kau buat apa kat bilik aku ni? Pergilah sana, aku nak tidur ni…” Seorang lelaki melangkah masuk.
“Adoi…lepak sekejap tak boleh, macam ni lah kau dengan aku kan?”
Lelaki yang sudah sedia berbaring di atas katil tu melangit. “Shan… Shafira dah balik.”
“Aku tahu, aku dengar kau orang borak tadi…”
“Aku tak ada maksud nak kacau…”
“So, apahal kau tak blah lagi?” Air muka Lukman berubah terus. Masam mencuka.
“Kau memang kan? Frust aku!”Lukman melangkah keluar dari bilik tu terus ke tingkat bawah.
Shan terjengket-jengket menjengah Lukman yang berlalu, terus dikunci biliknya. Let’s have a heart to heart conversation.
Tingkap dibuka luas-luas.
“Aduh!” Dahi yang sakit dipegang. Adoi, perempuan ni…Elok je guli biru tu meleret jatuh terus ke tanah.
“Oi, kau tak ada kerja lain ke?!” Gadis itu dipandang. Tangkap leleh la pula… ni yang malas ni…
“Bad emo!”
“Sorry? Who’s that? You’re calling the other dude. I’m sorry; he can’t be connected right now.”
“Shut that up! You don’t even know how much I suffered and you surely will not understand!”
“Then share it with me…by the way, I’m a ska now. You see?”
Senyum terukir di bibir keduanya. Yeah, I can see that. He really moves on.
“What happened to you actually?”
“Trust me, you don’t wanna know.”
“Just tell me,ska!”
“Sejak bila Shafira jadi demand sangat ni?”
“Hey, people change by time.”
“Ew…I hate that statement…”
Yeah. Dia memang berubah. Dulu dia tak pandai senyum pun, sekarang dah boleh gelak-gelak.
“You know what Miss B… you’re still looking hot!”
“I prefer you call me beautiful instead of hot, though…”
“You’re not beautiful.”
“Tak payah straight sangat boleh kan?”
“You actually are…and …”
“And?”
“And I’m lying…”
“Shan!” Like the old times.



By Juann Fitri With Love.
-Story Of The Night-
-Thanks neighbor,of coarse, like the old times-


0 comments